Sunday, October 4, 2020

Tukar Jumlah Bulan Ke Tahun

 Macam mana nak tukar jumlah bulan ke tahun dan bulan.  Contoh cell B1 ada nombor 30, nak ditukar ke 2 tahun 6 bulan?

=INT(B1/12) & "Years And " &MOD(B1,12)& "Months"


source: https://www.mrexcel.com/board/threads/convert-of-months-into-years-and-months.294788/

Tuesday, April 7, 2020

Macam mana nak dapat salinan sijil SPM?

PERMOHONAN/PENGGANTIAN SIJIL SRP/PMR/SPM/STAM

1. Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?

  • Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-
  1. Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama  kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

  1. Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat    

Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.

  1. Permohonan melalui pos

Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

2. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil. LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my.

3. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

4. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

4.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam

4.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja

4.3 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam

4.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja

4.5 Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja

Sunday, April 5, 2020

kerja sekolah alfateh.




Kerja Rumah Untuk Murid Tahun 3


🌟Kepada Ibubapa/Waris

✅Pihak Penerbit Oxford Fajar telah sudi memberikan secara percuma akses kepada lembaran kerja secara digital kepada semua murid sehingga 30 April 2020. Semoga para Ibubapa/Waris memanfaatkan peluang ini.


https://www.oxfordfajar.com.my/highlights/supporting-learning-at-home/61

Latihan matematik untuk darjah 3:



Thursday, April 2, 2020

kuiz sains awal utk tadika

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ibu bapa yang budiman dan cemerlang 

Berikut saya kongsikan beberapa kuiz SAINS AWAL yang boleh dijawab oleh anak² tuan/puan.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Hai adik2... Minggu ni kita ulangkaji SAINS AWAL ye πŸ˜€πŸ˜€

πŸ”Ή KEMAHIRAN MEMBUAT PEMERHATIAN
https://forms.gle/kbUnwaS7LTHM4LN27

πŸ”Ή KEMAHIRAN MENGELAS OBJEK
https://forms.gle/7y1kNAe3yZQZ45Pb6

πŸ”Ή KEMAHIRAN MEMBUAT PENGUKURAN
https://forms.gle/suti3zLLFPCWxxya8

πŸ”Ή KEMAHIRAN MEMBUAT RAMALAN
https://forms.gle/cC5ReKpjZ8YJd3gt8

πŸ”Ή KEMAHIRAN MEMBUAT PENEROKAAN
https://forms.gle/AegyNUvUX6m5dX94A


🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Jawab baik²,guna telefon mak ayah baik2. Semoga berjayaπŸ˜‰ (mak ayah sila baca nasihat ni kat anak² ye πŸ˜†)

Wednesday, April 1, 2020

latihan pra-sekolah masa PKP 2

Antara game2 education yang mengajar dalam Bahasa Malaysia serta ada suara dalam Bahasa. Jemput download di Play Store dan App Store.  ✌

1. Belajar ABC, Nombor dan Warna
   • Play Store : http://bit.ly/BelajarAbcNomborDanWarna (android)
   • App Store : http://bit.ly/BelajarAbcIOS (iOS)

2. Belajar Menulis ABC, Suku Kata & Perkataan
   • Play Store : http://bit.ly/BelajarMenulisAbcAndroid (android)
   • App Store : http://bit.ly/BelajarMenulisAbcIOS (iOS)

3. Belajar Membaca (B. Malaysia)
   • Play Store : http://bit.ly/BelajarMembacaAbc (android)
   • App Store : http://bit.ly/BelajarMembacaIOS (iOS)

4. Belajar Mengeja ABC
   • Play Store : http://bit.ly/belajarmengeja (android)
   • App Store : http://bit.ly/BelajarMengejaIOS (iOS)


Monday, March 30, 2020

kerja sekolah tahun 3 masa pkp

[29/03, 12:14] isteriku: ini link kuiz untuk :
-semua mata pelajaran, 
-semua tahun 1-6 

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kuizonline

Memang seronok! Ada audio dan animasi berwarna-warni. Kongsikan kepada anak2 dan saudara mara sebagai saham pahala akhirat. Manfaatkan cuti COVID-19 dengan perkara yang bermanfaat kepada anak-anak.
[29/03, 12:15] isteriku: Assalamualaikum, 
Kpd rakan-rakan yang ada anak-anak UPSR ataupun murid tahun 4,5,6, boleh share link channel di bawah dengan anak murid dan join channel untuk jawab kuiz ulangkaji topik2 tahun 3 ya. Dah habis jawab boleh je leave channel. ✌🏻πŸ₯°
https://t.me/kuizsainstahun3cgsharifahaziah
[29/03, 12:15] isteriku: https://youtu.be/k1GETnAO3B0
[29/03, 17:01] isteriku: Buah tangan kepada ibu ayah yang ada anak di Tahun 3,4,5 dan 6 boleh cuba menjawab. 

Tak perlu cetak di atas kertas. 
Tekan πŸ‘‰πŸΌ Jawab πŸ‘‰πŸΌ Hantar πŸ‘‰πŸΌ Lihat skor


🌼🌼🌼🌼🌼

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Set 7

Set 8

Set 9

Set 10

Semoga bermanfaat membantu pelajar.
[29/03, 17:01] isteriku: Kat rumah pun anak boleh belajar. πŸ˜·πŸ“š *PANDAI* dah kumpul beribu video cikgu-cikgu di YouTube, kemudian susun ikut silibus sekolah KPM.

_Sek. Rendah_
*Y* 1⃣ : video.pandai.org/year1
*Y* 2⃣ : video.pandai.org/year2
*Y* 3⃣ : video.pandai.org/year3
*Y* 4⃣ : video.pandai.org/year4
*Y* 5⃣ : video.pandai.org/year5
*Y* 6⃣ : video.pandai.org/year6

_Sek. Menengah_
*F* 1⃣ : video.pandai.org/form1
*F* 2⃣ : video.pandai.org/form2
*F* 3⃣ : video.pandai.org/form3
*F* 4⃣ : video.pandai.org/form4
*F* 5⃣ : video.pandai.org/form5

Mohon disebarkan supaya anak-anak dapat terus belajar dirumah

latihan online prasekolah masa PKP

[25/03, 19:49] isteriku: RM0 YTL Foundation: Free 40GB data & Sumber Pembelajaran untuk semua murid sekolah kerajaan. Ibubapa boleh mohon sekarang di http://ytlfoundation.org/learn
[25/03, 20:11] +60 11-2148 7152: 🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Hai adik2 semua... Cuti-cuti ni kita ulangkaji ye πŸ˜€πŸ˜€
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈

πŸ’» *KUIZ BAHASA MELAYU PRASEKOLAH*
*LATIHAN 1*
Mengenal Pasti Abjad

https://forms.gle/vUQvGaJgEug7tvjz9

*LATIHAN 2*
 HURUF KECIL DAN BESAR
https://forms.gle/ZAhLzsmfjUmx8p9s9

*LATIHAN 3*
MEMBACA PERKATAAN DENGAN SUKU KATA TERBUKA
https://forms.gle/rUpNa9NFXqmnUSTa8


πŸ† *KUIZ BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH*
*EXERCISE 1*
RECOGNISE SMALL LETTERS
https://forms.gle/PZwiXha27tgPfTLG9

*EXERCISE 2*
RECOGNISE AND SOUND OUT INITIAL, MEDIAL AND ENDING SOUNDS IN A WORD
https://forms.gle/YwfiLdxvdgvatUfL8


πŸ”₯ *KUIZ MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH*
*LATIHAN 1*
https://forms.gle/Hd88sQ8WcFMfWGrg8

*LATIHAN 2*
https://forms.gle/McaMHvPQr3uMNcST8

*LATIHAN 3*
ASAS TAMBAH
https://forms.gle/chs9Fug5sajqrqKg7


🌹 *KUIZ SAINS AWAL PRASEKOLAH*
*LATIHAN 1*
https://forms.gle/miR2Wv33MPmNB4B59

🌈 *KUIZ PENDIDIKAN ISLAM*
*LATIHAN 1*
HURUF-HURUF JAWI
https://forms.gle/h3w3w7Q7vrW8AVbc7

 
πŸ₯°πŸ₯° selamat menjawab, guna telefon mak ayah baik² yer..... (mak ayah sila baca nasihat ni kat anak² yer πŸ€—)

Saturday, September 15, 2018

Monday, June 25, 2012

weeknum()

Kepada sesiapa yg pernah cuba nak cari nombor minggu dalam setahun dari tarikh2 yang diberi boleh la menggunakan formula ini yang sebenarnya sama fungsinya dengan WEEKNUM().


=INT((C5-DATE(YEAR(C5-WEEKDAY(C5-1)+4),1,3)+WEEKDAY(DATE(YEAR(C5-WEEKDAY(C5-1)+4),1,3))+5)/7)


Dapat formula ni di sini setelah cubaan untuk install Ms Excel punya Add-Ins, Analisys Toolpak tak berjaya. Jadi formula ni sangat2 berguna :)



Tuesday, June 19, 2012

Denomination List

Untuk yang terlibat dengan pecahan wang kecil, boleh download dan guna file MsExcel ni.  File ni sesuai untuk mereka yang kena kena bayar gaji pekerja2 secara tunai jadi boleh guna senarai pecahan tunai ni minta dengan pihak bank.

Senarai pecahan wang kecil atau Denomination List
Ada banyak cara lain untuk dapatkan hasil yang sama seperti yang banyak terdapat di dalam internet.  Tetapi siapa yang suka boleh guna cara ini. 


Klik untuk download.

Monday, June 11, 2012

Putty - backspace



Putty.. klient SSH dan telnet yang mudah untuk Windows yang dibangunkan oleh Simon Tatham.  Versi terbaru ialah 0.62.

Yang menggunakan Putty mesti rasa ralat bila nak delete sesuatu command dengan kekunci backspace tapi setiap backspace yg ditekan ditukar pulak dengan tanda soal (?).

Tip nak bagi selesai isu ini begini.

Putty configuration -> Terminal -> Keyboard -> change sequences sent by -> the backspace key
Disitu, tukar dari control-? kepada control-H.

Update: Untuk bolehkan Page Up dan Page Down bila mengedit dokumen, tukar settingnya di sini:
Putty configuration -> Terminal -> Keyboard -> change sequences sent by -> The Function keys and keypad..
Disitu, tukar ke Linux.

Wednesday, October 5, 2011

Mail Merge - Menukar gaya paparan nombor

Mail Merge adalah satu utiliti di dalam Ms Word yang penting tetapi jarang2 saya gunakan. Hari ini, apabila saya membantu rakan yang perlu menggunakan utiliti Mail Merge untuk mencetak surat buat semua pekerja syarikat, saya menghadapi satu masalah yang mana Mail Merge gagal mencetak ruangan nombor seperti mana yang diformatkan di dalam Ms Excel.
Mail Merge gagal untuk mempaparkan nombor2 yang diformatkan dengan titik perpuluhan (decimal point) di dalam Ms Excel. Contohnya, jika di dalam Ms Excel datanya RM 1234.00, tetapi apabila Mail Merge datanya menjadi 1234 sahaja.
Penyelesaian untuk masalah ini ada di about.com pada artikel bertajuk Menukar Bagaimana Word Memaparkan Nombor Di Dalam Mail Merge (Changing How Word Displays Numbers in Mail Merge). Secara asasnya (terjemahan secara terusnya) begini:
1. Apabila Dokumen Mail Merge sudah dibuka dan database sudah dipilih, tekan Shift+Alt+F bagi memilih Kod Field yang diperlukan. Pilih Kod Field anda dan klik Ok.
2. Kod Field ini akan kelihatan begini : {MERGEFIELD "fieldname"}
3. Bergantung pada tetapan (setting) komputer anda, setelah anda tekan Ok (pada langkah 1 tadi) mungkin Kod Field and kelihatan begini : «fieldname»
4. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi di langkah 3, klik-kanan untuk pop-up menu dan klik Toggle Field Codes. Ini akan menukar Kod Field anda untuk kelihatan seperti di langkah 2. Atau caranya lebih mudah, tekan Alt+F9 :)
5. Betul2 selepas quote dan sebelum curly bracket (yang terakhir), taip \# -- jangan tambah ruang atau apa2 simbol.
6. Betul2 selepas \# (field switch) yang anda telah taipkan tadi, taip 0.0x sekiranya anda mahu bundarkan pada 2 titik perpuluhan atau 0.00x sekiranya anda mahu bundarkan ke 3 titik perpuluhan dan seterusnya.
Nombor2 anda akan dipaparkan mengikut bundaran titik perpuluhan yang telah anda tetapkan seperti di atas. Sekiranya tidak, refresh dokumen anda.
Notakaki: panduan untuk paparkan guillemets " « » " ada di sini.

Wednesday, July 27, 2011

AcerPower SK50 - Reinstallation !

Ada seorang kawan minta tolong troubleshoot PC AcerPower SK50 dia sebab PC itu tidak boleh diguna kerana asyik reboot. Saya syak ada virus sebab menurut dia, anaknya selalu masukkan game dari kawan2 dia. Syak saya menjadi sahih bila diimbas HD dia.

Saya katakan pada kawan saya ini cara yg paling senang dan pasti yang saya tahu ialah Re-installation. Ini akan selesaikan masalah virus serta mula-semula yang baik untuk PC dia. Dia setuju dan saya pun selamatkanlah beberapa folder penting dia dan bersihkan juga dari virus2 nakal itu sebelum saya jalankan kerja2 re-installation.

Yang sulit sedikit menurut kawan saya ini, PC dia adalah PC terpakai. Jadi, tiada sebarang driver atau aplikasi sokongan yang diberi semasa PC itu dibeli. Tiada masalah kata saya, kerana semua tu boleh didapati di Internet. Dari internet juga saya dapat merasakan PC ini dibawa masuk dari Australia.

Benar sangkaan saya semasa re-installation, memang tiada masalah atau kesulitan tetapi driver untuk PCI Device gagal untuk di install dengan baik. Unknown error.

Kerana itu, port2 USB di panel hadapan PC itu tidak boleh befungsi. Port2 USB ini bersambung dengan Papan Induk model 946GZT-AM Ver 1.0 menerusi slot PCI.

Driver chipset yang dimuat-turun dari website rasmi Acer juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, begitu juga contoh2 penyelesaian yg diberikan dibeberapa website.

Setelah beberapa percubaan trial and error, akhirnya berjaya juga selesaikan masalah ini. Begitu mudah sekali caranya, hanya install SP3 yang dikeluarkan oleh Microsoft pada Apr-08 dan PCI device bukan lagi masalah kepada AcerPower SK50 ini.
Link

Thursday, September 30, 2010

Permasalahan Azan

Soalan-soalan ini diajukan oleh ketua jabatan saya bila salah seorang sahabat di lantik menjadi bilal masjid di kawasan perumahannya. Jawapan nanti post kemudian..

1. Bolehkah seseorang yang berhadas besar melaungkan azan?

2. Apakah hukumnya memulakan solat fardhu di masjid tanpa dilaungkan azan terlebih dahulu?

3. Apakah hukumnya melaungkan azan subuh dengan meninggalkan laungan "Assolla Tukhoiruminannaum", Adakah ini diperbolehkan?

4. Apakah jawapan bagi laungan azan subuh yang disebutkan di atas?

5. Adakah diperbolehkan wanita melaungkan azan?

6. Adakah perlu mengambil wuduk sebelum melaungkan azan di dalam masjid?

7. Apakah hukum membaca doa selepas azan?

8. Bolehkan solat fardhu dimulakan terus sebaik saja azan baru dilaungkan?

9. Adakah diperbolehkan melaungkan azan dimasjid untuk kali kedua untuk solat fardhu yang lewat dilaksanakan selepas azan pada waktu tersebut telah dilaungkan? Contoh: Waktu Zohor 2:17tghr, azan telah dilaungkan dan solat telah disempurnakan. Kemudian pada jam 2.50tghr, azan dilaungkan sekali lagi kerana ada 5 orang baru nak menunaikan solat Zohor dimasjid yang sama. Adakah ini diperbolehkan?

10. Penduduk sebuah kampung telah lewat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya iaitu pada jam 4.31ptg, kemudian mereka ke masjid dan ingin menunaikan solat Asar untuk hari tersebut pada jam 6.00ptg. Boleh tidak dilaungkan azan bagi solat yang terlewat itu? Apakah hukum kiranya azan dilaungkan di masjid bukan pada waktunya masuk solat-solat fardhu?

Friday, August 6, 2010

Kira Excel worksheet yang terlalu banyak

Bila seorang staff merungut yang satu file Excel dia tiba2 jem, kita pun buatlah satu edisi siasat. Bila dah siasat on-site, baru la kita tahu yang workbook (File Excel) dia tu ada banyak sangat worksheet. Lepas tu pulak, memory pc dia pun minimum saja, pc lama pulak tu. Patut pun..

Sebenarnya keupayaan maksima bagi jumlah worksheet untuk di dalam sesuatu workbook bergantung kepada ukuran memory pc itu sendiri. Tapi untuk versi Excel 2003 dan ke bawah, jumlah maksima worksheet adalah 255.

Jadi untuk mengelak masalah ni dari berulang, workbook yang besar ni kena dipecah dan pisah sebelum boleh disusun-atur kepada beberapa workbook kecil. Tapi macam mana nak tahu dengan tepat berapa jumlah worksheet dalam workbook tu? Nak kira secara manual setiap satu worksheet memang tak praktikal. Cara yang lebih mudah ialah mengguna-pakai UDF (user-define-function). Cara2nya:

1. Buka satu workbook.
2. Masuk dalam VBA (Alt+F11 atau Tool – Macro – VB Editor)
3. Masukkan Module baru (Insert – Module)
4. Copy dan Paste function ini:

Function worksheetcount()
worksheetcount = Worksheets.Count
End Function

5. Keluar dari VBA (Alt+Q)
6. Gunakan function ni (Shift+F3 atau Insert – Function), di bawah select a category pilih user defined. Di bawah select a function, select UDF anda dan klik OK.


cheers.