Monday, June 25, 2012
weeknum()
=INT((C5-DATE(YEAR(C5-WEEKDAY(C5-1)+4),1,3)+WEEKDAY(DATE(YEAR(C5-WEEKDAY(C5-1)+4),1,3))+5)/7)
Dapat formula ni di sini setelah cubaan untuk install Ms Excel punya Add-Ins, Analisys Toolpak tak berjaya. Jadi formula ni sangat2 berguna :)
Tuesday, June 19, 2012
Denomination List
| Senarai pecahan wang kecil atau Denomination List |
Klik untuk download.
Monday, June 11, 2012
Putty - backspace
Putty.. klient SSH dan telnet yang mudah untuk Windows yang dibangunkan oleh Simon Tatham. Versi terbaru ialah 0.62.
Yang menggunakan Putty mesti rasa ralat bila nak delete sesuatu command dengan kekunci backspace tapi setiap backspace yg ditekan ditukar pulak dengan tanda soal (?).
Tip nak bagi selesai isu ini begini.
Putty configuration -> Terminal -> Keyboard -> change sequences sent by -> the backspace key
Disitu, tukar dari control-? kepada control-H.
Update: Untuk bolehkan Page Up dan Page Down bila mengedit dokumen, tukar settingnya di sini:
Putty configuration -> Terminal -> Keyboard -> change sequences sent by -> The Function keys and keypad..
Disitu, tukar ke Linux.
Wednesday, October 5, 2011
Mail Merge - Menukar gaya paparan nombor
Wednesday, July 27, 2011
AcerPower SK50 - Reinstallation !
Saya katakan pada kawan saya ini cara yg paling senang dan pasti yang saya tahu ialah Re-installation. Ini akan selesaikan masalah virus serta mula-semula yang baik untuk PC dia. Dia setuju dan saya pun selamatkanlah beberapa folder penting dia dan bersihkan juga dari virus2 nakal itu sebelum saya jalankan kerja2 re-installation.
Yang sulit sedikit menurut kawan saya ini, PC dia adalah PC terpakai. Jadi, tiada sebarang driver atau aplikasi sokongan yang diberi semasa PC itu dibeli. Tiada masalah kata saya, kerana semua tu boleh didapati di Internet. Dari internet juga saya dapat merasakan PC ini dibawa masuk dari Australia.
Kerana itu, port2 USB di panel hadapan PC itu tidak boleh befungsi. Port2 USB ini bersambung dengan Papan Induk model 946GZT-AM Ver 1.0 menerusi slot PCI.
Driver chipset yang dimuat-turun dari website rasmi Acer juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, begitu juga contoh2 penyelesaian yg diberikan dibeberapa website.
Setelah beberapa percubaan trial and error, akhirnya berjaya juga selesaikan masalah ini. Begitu mudah sekali caranya, hanya install SP3 yang dikeluarkan oleh Microsoft pada Apr-08 dan PCI device bukan lagi masalah kepada AcerPower SK50 ini.
Thursday, September 30, 2010
Permasalahan Azan
1. Bolehkah seseorang yang berhadas besar melaungkan azan?
2. Apakah hukumnya memulakan solat fardhu di masjid tanpa dilaungkan azan terlebih dahulu?
3. Apakah hukumnya melaungkan azan subuh dengan meninggalkan laungan "Assolla Tukhoiruminannaum", Adakah ini diperbolehkan?
4. Apakah jawapan bagi laungan azan subuh yang disebutkan di atas?
5. Adakah diperbolehkan wanita melaungkan azan?
6. Adakah perlu mengambil wuduk sebelum melaungkan azan di dalam masjid?
7. Apakah hukum membaca doa selepas azan?
8. Bolehkan solat fardhu dimulakan terus sebaik saja azan baru dilaungkan?
9. Adakah diperbolehkan melaungkan azan dimasjid untuk kali kedua untuk solat fardhu yang lewat dilaksanakan selepas azan pada waktu tersebut telah dilaungkan? Contoh: Waktu Zohor 2:17tghr, azan telah dilaungkan dan solat telah disempurnakan. Kemudian pada jam 2.50tghr, azan dilaungkan sekali lagi kerana ada 5 orang baru nak menunaikan solat Zohor dimasjid yang sama. Adakah ini diperbolehkan?
10. Penduduk sebuah kampung telah lewat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya iaitu pada jam 4.31ptg, kemudian mereka ke masjid dan ingin menunaikan solat Asar untuk hari tersebut pada jam 6.00ptg. Boleh tidak dilaungkan azan bagi solat yang terlewat itu? Apakah hukum kiranya azan dilaungkan di masjid bukan pada waktunya masuk solat-solat fardhu?
Friday, August 6, 2010
Kira Excel worksheet yang terlalu banyak
Bila seorang staff merungut yang satu file Excel dia tiba2 jem, kita pun buatlah satu edisi siasat. Bila dah siasat on-site, baru la kita tahu yang workbook (File Excel) dia tu ada banyak sangat worksheet. Lepas tu pulak, memory pc dia pun minimum saja, pc lama pulak tu. Patut pun..
Sebenarnya keupayaan maksima bagi jumlah worksheet untuk di dalam sesuatu workbook bergantung kepada ukuran memory pc itu sendiri. Tapi untuk versi Excel 2003 dan ke bawah, jumlah maksima worksheet adalah 255.
Jadi untuk mengelak masalah ni dari berulang, workbook yang besar ni kena dipecah dan pisah sebelum boleh disusun-atur kepada beberapa workbook kecil. Tapi macam mana nak tahu dengan tepat berapa jumlah worksheet dalam workbook tu? Nak kira secara manual setiap satu worksheet memang tak praktikal. Cara yang lebih mudah ialah mengguna-pakai UDF (user-define-function). Cara2nya:
1. Buka satu workbook.
2. Masuk dalam VBA (Alt+F11 atau Tool – Macro – VB Editor)
3. Masukkan Module baru (Insert – Module)
4. Copy dan Paste function ini:
Function worksheetcount()
worksheetcount = Worksheets.Count
End Function
5. Keluar dari VBA (Alt+Q)
6. Gunakan function ni (Shift+F3 atau Insert – Function), di bawah select a category pilih user defined. Di bawah select a function, select UDF anda dan klik OK.
cheers.