Thursday, September 30, 2010

Permasalahan Azan

Soalan-soalan ini diajukan oleh ketua jabatan saya bila salah seorang sahabat di lantik menjadi bilal masjid di kawasan perumahannya. Jawapan nanti post kemudian..

1. Bolehkah seseorang yang berhadas besar melaungkan azan?

2. Apakah hukumnya memulakan solat fardhu di masjid tanpa dilaungkan azan terlebih dahulu?

3. Apakah hukumnya melaungkan azan subuh dengan meninggalkan laungan "Assolla Tukhoiruminannaum", Adakah ini diperbolehkan?

4. Apakah jawapan bagi laungan azan subuh yang disebutkan di atas?

5. Adakah diperbolehkan wanita melaungkan azan?

6. Adakah perlu mengambil wuduk sebelum melaungkan azan di dalam masjid?

7. Apakah hukum membaca doa selepas azan?

8. Bolehkan solat fardhu dimulakan terus sebaik saja azan baru dilaungkan?

9. Adakah diperbolehkan melaungkan azan dimasjid untuk kali kedua untuk solat fardhu yang lewat dilaksanakan selepas azan pada waktu tersebut telah dilaungkan? Contoh: Waktu Zohor 2:17tghr, azan telah dilaungkan dan solat telah disempurnakan. Kemudian pada jam 2.50tghr, azan dilaungkan sekali lagi kerana ada 5 orang baru nak menunaikan solat Zohor dimasjid yang sama. Adakah ini diperbolehkan?

10. Penduduk sebuah kampung telah lewat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya iaitu pada jam 4.31ptg, kemudian mereka ke masjid dan ingin menunaikan solat Asar untuk hari tersebut pada jam 6.00ptg. Boleh tidak dilaungkan azan bagi solat yang terlewat itu? Apakah hukum kiranya azan dilaungkan di masjid bukan pada waktunya masuk solat-solat fardhu?

Friday, August 6, 2010

Kira Excel worksheet yang terlalu banyak

Bila seorang staff merungut yang satu file Excel dia tiba2 jem, kita pun buatlah satu edisi siasat. Bila dah siasat on-site, baru la kita tahu yang workbook (File Excel) dia tu ada banyak sangat worksheet. Lepas tu pulak, memory pc dia pun minimum saja, pc lama pulak tu. Patut pun..

Sebenarnya keupayaan maksima bagi jumlah worksheet untuk di dalam sesuatu workbook bergantung kepada ukuran memory pc itu sendiri. Tapi untuk versi Excel 2003 dan ke bawah, jumlah maksima worksheet adalah 255.

Jadi untuk mengelak masalah ni dari berulang, workbook yang besar ni kena dipecah dan pisah sebelum boleh disusun-atur kepada beberapa workbook kecil. Tapi macam mana nak tahu dengan tepat berapa jumlah worksheet dalam workbook tu? Nak kira secara manual setiap satu worksheet memang tak praktikal. Cara yang lebih mudah ialah mengguna-pakai UDF (user-define-function). Cara2nya:

1. Buka satu workbook.
2. Masuk dalam VBA (Alt+F11 atau Tool – Macro – VB Editor)
3. Masukkan Module baru (Insert – Module)
4. Copy dan Paste function ini:

Function worksheetcount()
worksheetcount = Worksheets.Count
End Function

5. Keluar dari VBA (Alt+Q)
6. Gunakan function ni (Shift+F3 atau Insert – Function), di bawah select a category pilih user defined. Di bawah select a function, select UDF anda dan klik OK.


cheers.