Thursday, September 30, 2010

Permasalahan Azan

Soalan-soalan ini diajukan oleh ketua jabatan saya bila salah seorang sahabat di lantik menjadi bilal masjid di kawasan perumahannya. Jawapan nanti post kemudian..

1. Bolehkah seseorang yang berhadas besar melaungkan azan?

2. Apakah hukumnya memulakan solat fardhu di masjid tanpa dilaungkan azan terlebih dahulu?

3. Apakah hukumnya melaungkan azan subuh dengan meninggalkan laungan "Assolla Tukhoiruminannaum", Adakah ini diperbolehkan?

4. Apakah jawapan bagi laungan azan subuh yang disebutkan di atas?

5. Adakah diperbolehkan wanita melaungkan azan?

6. Adakah perlu mengambil wuduk sebelum melaungkan azan di dalam masjid?

7. Apakah hukum membaca doa selepas azan?

8. Bolehkan solat fardhu dimulakan terus sebaik saja azan baru dilaungkan?

9. Adakah diperbolehkan melaungkan azan dimasjid untuk kali kedua untuk solat fardhu yang lewat dilaksanakan selepas azan pada waktu tersebut telah dilaungkan? Contoh: Waktu Zohor 2:17tghr, azan telah dilaungkan dan solat telah disempurnakan. Kemudian pada jam 2.50tghr, azan dilaungkan sekali lagi kerana ada 5 orang baru nak menunaikan solat Zohor dimasjid yang sama. Adakah ini diperbolehkan?

10. Penduduk sebuah kampung telah lewat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya iaitu pada jam 4.31ptg, kemudian mereka ke masjid dan ingin menunaikan solat Asar untuk hari tersebut pada jam 6.00ptg. Boleh tidak dilaungkan azan bagi solat yang terlewat itu? Apakah hukum kiranya azan dilaungkan di masjid bukan pada waktunya masuk solat-solat fardhu?