Wednesday, October 5, 2011

Mail Merge - Menukar gaya paparan nombor

Mail Merge adalah satu utiliti di dalam Ms Word yang penting tetapi jarang2 saya gunakan. Hari ini, apabila saya membantu rakan yang perlu menggunakan utiliti Mail Merge untuk mencetak surat buat semua pekerja syarikat, saya menghadapi satu masalah yang mana Mail Merge gagal mencetak ruangan nombor seperti mana yang diformatkan di dalam Ms Excel.
Mail Merge gagal untuk mempaparkan nombor2 yang diformatkan dengan titik perpuluhan (decimal point) di dalam Ms Excel. Contohnya, jika di dalam Ms Excel datanya RM 1234.00, tetapi apabila Mail Merge datanya menjadi 1234 sahaja.
Penyelesaian untuk masalah ini ada di about.com pada artikel bertajuk Menukar Bagaimana Word Memaparkan Nombor Di Dalam Mail Merge (Changing How Word Displays Numbers in Mail Merge). Secara asasnya (terjemahan secara terusnya) begini:
1. Apabila Dokumen Mail Merge sudah dibuka dan database sudah dipilih, tekan Shift+Alt+F bagi memilih Kod Field yang diperlukan. Pilih Kod Field anda dan klik Ok.
2. Kod Field ini akan kelihatan begini : {MERGEFIELD "fieldname"}
3. Bergantung pada tetapan (setting) komputer anda, setelah anda tekan Ok (pada langkah 1 tadi) mungkin Kod Field and kelihatan begini : «fieldname»
4. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi di langkah 3, klik-kanan untuk pop-up menu dan klik Toggle Field Codes. Ini akan menukar Kod Field anda untuk kelihatan seperti di langkah 2. Atau caranya lebih mudah, tekan Alt+F9 :)
5. Betul2 selepas quote dan sebelum curly bracket (yang terakhir), taip \# -- jangan tambah ruang atau apa2 simbol.
6. Betul2 selepas \# (field switch) yang anda telah taipkan tadi, taip 0.0x sekiranya anda mahu bundarkan pada 2 titik perpuluhan atau 0.00x sekiranya anda mahu bundarkan ke 3 titik perpuluhan dan seterusnya.
Nombor2 anda akan dipaparkan mengikut bundaran titik perpuluhan yang telah anda tetapkan seperti di atas. Sekiranya tidak, refresh dokumen anda.
Notakaki: panduan untuk paparkan guillemets " « » " ada di sini.

Wednesday, July 27, 2011

AcerPower SK50 - Reinstallation !

Ada seorang kawan minta tolong troubleshoot PC AcerPower SK50 dia sebab PC itu tidak boleh diguna kerana asyik reboot. Saya syak ada virus sebab menurut dia, anaknya selalu masukkan game dari kawan2 dia. Syak saya menjadi sahih bila diimbas HD dia.

Saya katakan pada kawan saya ini cara yg paling senang dan pasti yang saya tahu ialah Re-installation. Ini akan selesaikan masalah virus serta mula-semula yang baik untuk PC dia. Dia setuju dan saya pun selamatkanlah beberapa folder penting dia dan bersihkan juga dari virus2 nakal itu sebelum saya jalankan kerja2 re-installation.

Yang sulit sedikit menurut kawan saya ini, PC dia adalah PC terpakai. Jadi, tiada sebarang driver atau aplikasi sokongan yang diberi semasa PC itu dibeli. Tiada masalah kata saya, kerana semua tu boleh didapati di Internet. Dari internet juga saya dapat merasakan PC ini dibawa masuk dari Australia.

Benar sangkaan saya semasa re-installation, memang tiada masalah atau kesulitan tetapi driver untuk PCI Device gagal untuk di install dengan baik. Unknown error.

Kerana itu, port2 USB di panel hadapan PC itu tidak boleh befungsi. Port2 USB ini bersambung dengan Papan Induk model 946GZT-AM Ver 1.0 menerusi slot PCI.

Driver chipset yang dimuat-turun dari website rasmi Acer juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, begitu juga contoh2 penyelesaian yg diberikan dibeberapa website.

Setelah beberapa percubaan trial and error, akhirnya berjaya juga selesaikan masalah ini. Begitu mudah sekali caranya, hanya install SP3 yang dikeluarkan oleh Microsoft pada Apr-08 dan PCI device bukan lagi masalah kepada AcerPower SK50 ini.
Link