Saya katakan pada kawan saya ini cara yg paling senang dan pasti yang saya tahu ialah Re-installation. Ini akan selesaikan masalah virus serta mula-semula yang baik untuk PC dia. Dia setuju dan saya pun selamatkanlah beberapa folder penting dia dan bersihkan juga dari virus2 nakal itu sebelum saya jalankan kerja2 re-installation.
Yang sulit sedikit menurut kawan saya ini, PC dia adalah PC terpakai. Jadi, tiada sebarang driver atau aplikasi sokongan yang diberi semasa PC itu dibeli. Tiada masalah kata saya, kerana semua tu boleh didapati di Internet. Dari internet juga saya dapat merasakan PC ini dibawa masuk dari Australia.

Kerana itu, port2 USB di panel hadapan PC itu tidak boleh befungsi. Port2 USB ini bersambung dengan Papan Induk model 946GZT-AM Ver 1.0 menerusi slot PCI.
Driver chipset yang dimuat-turun dari website rasmi Acer juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, begitu juga contoh2 penyelesaian yg diberikan dibeberapa website.
Setelah beberapa percubaan trial and error, akhirnya berjaya juga selesaikan masalah ini. Begitu mudah sekali caranya, hanya install SP3 yang dikeluarkan oleh Microsoft pada Apr-08 dan PCI device bukan lagi masalah kepada AcerPower SK50 ini.
