Tuesday, April 7, 2020

Macam mana nak dapat salinan sijil SPM?

PERMOHONAN/PENGGANTIAN SIJIL SRP/PMR/SPM/STAM

1. Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?

  • Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-
  1. Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama  kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

  1. Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat    

Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.

  1. Permohonan melalui pos

Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

2. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil. LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my.

3. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

4. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

4.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam

4.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja

4.3 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam

4.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja

4.5 Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja

No comments:

Post a Comment